Buddies

Wednesday 19 October 2011 | 4 comments
Assalamualaikum .

Nak tahu tak dulu nedy selalu beli majalah Wanita sebab nedy suke sangat bace segale tips kecantikan yang semula jadi dalam majalah tu . Bila dah bace nedy suke gunting lepastu tampal dalam buku . Sebenarnya terlalu mudah nak cantik dengan semula jadi dengan tips yang dibagi cume malas dan rajin je . Ikut pengalaman nedy lah , mula-mula je rajin lepas dah lame tinggalkan terus lupa atau malas nak buat . Dulu mase sekolah iaitu 2 tahun lepas setiap kali hari cuti nedy akan buat dan pernah nedy amalkan satu petua ni sampai muke nedy jadi teruk . Petua tu takkan sesekali nedy buat lagi , sebenarnya nedy terlalu banyak membace petua nak cantik-cantik sampaikan nedy TERsalah masukkan bahan dalam petua tu , nak tahu ape nedy masukkan ? "Bawang Putih" . Kalau bawang putih tenyeh kat muke mane taknya hancur muke kita kena masak . Menangis . Itu cerita lame , hanya nak berkongsi cerita je .

Sekarang nedy nak curahkan segale tips ni dekat entry ni . Mungkin digoogle dah terlalu banyak ada sebab petua ni semuanya memang biasa kita dengar dan mungkin juga ramai yang dah tahu . Dan ape salahnya kalau nedy pun nak turun mencurahkan segale tips ni kat korang kan . Nedy masih simpan buku segale tips yang nedy tampalkan dan untuk pengetahuan korang bukannya nedy buat semua pun , nedy buat yang senang depan mate je , maksudnya bahan-bahan memang semua ada kat rumah , huh yang itu baru nedy buat . Hehehe . Dekat sini nedy type secare ringkas , kalau panjang panjang pun korang boleh jadi peningkan . hehe . Okey here we go !

__________________________________________________________________________________________

Bahagian Wajah .

Menghaluskan kulit muke kita hanya bancuhkan sikit asam jawa dengan air dan satu sudu tepung ubi dan kacau hinggalah menjadi larutan yang pekat . Lepastu tenyehkan je kepada muka yang sudah dibersihkan . Biarkan ia kering di muke dalam 15minit barulah muke dibilas .
ATAU
Didihkan susu segar@tepung dengan campurkan air . Biarkan sejuk dan terus disapukan pada muke . Biarkan kering dalam kira-kira 15minit juga . Bila dah kering terus dibasuh dengan air bersih .

Menyerikan muke dan petua ni selalu nedy amalkan setiap hari , senang saje . Amalkan sebelum mencuci muke pada setiap pagi , selawat sebanyak 3 kali dan baru lah sapukan air kemuke .

Melicin atau memerahkan kulit muke amalkan petua biasa seperti sebiji buat tomato masak , potong hingga halus dan tenyehkan diseluruh muka kita . Biarkan selame setengah jam dan bilas . Biasa nedy amalkan 3 kali seminggu sampaikan kawan-kawan ibu nedy yang datang ke rumah ramai tegur muke nedy merah -merah . hehee . *mengade .

Kulit licin dan cerah hanya perlukan sebiji limau nipis dan dibelah dua semase mandi , gosokkan pada seluruh badan dan muke dengan perlahan-lahan . Insya-Allah kulit akan lebih cerah licin dan wangi . Ini kerane kita menggunakan limau nipis . :)

Menghilangkan parut di kulit , tumbuk kulit kayu manis hingga lumat dan campurkan serbuk kulit kayu manis tu dengan sikit air . Bancuhkan sekali dengan bedak sejuk sikit sampai sebati dan sapu rate di bahagian yang berparut . Buat selalu petua ini nanti lamelame parut akan beransur hilang .

Nak awet muda perlu amalkan memotong kuku dan rambut pada hari yang baik iaitu hari isnin , khamis dan jumaat . Selain itu amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur . Ikut petua makngah nedy dia selalu tanam rambut gugur dia dekat pokok pisang sebab nanti kepale dia sejuk je . Ini betul-betul okey .

Menaikkan seri muke paling mudah basuhkan muke korang dengan menggunakan air basuhan beras yang ke 3 selepas 15minit barulah korang bilaskan muke dengan air bersih .

Bila bangun pagi , amalkan sebelum mandi atau gosok gigi urutkan dulu wajah korang dengan air dari bawah dagu sampailah ke atas dahi dengan selawat nabi sebanyak 3 kali . Amalkan setiap hari . Ini bagus itu awet mude .

Merawatkan kulit yang berkedut . Parutkan sebatang lobak merah dan dicampurkan bersame sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur . Sebatikan bancuhan ni dan terus oleskan pada kulit muke setiap hari . Amalkan hinggalah berkesan .

Untuk kelihatan muda sentiasa walaupun umur semakin meningkat amalkan lah selalu makan ulam ulam kampung lagi-lagi ulam pegaga . Ulam kampung banyak memberi khasiat pada tubuh badan . Dan selalu lah korang senyum ye sebab senyuman tu kan satu sedekah . Bila korang tengah strees pun kena lah selalu senyum sebab strees tu boleh membuatkan korang lagi nampak tua dan kulit muke senang berkedut .

Mask biasanya tegangkan kulit muke tapi kalau korang nak lebih jimat macam nedy dan takut mnggunakan bahan kimia korang boleh menggunakan petua ni , basuh muke seperti biasa dan ambil sebiji putih telur . Ambil kapas muke dan letakkan dimuke seperti korang memakai mask dan sapukan putih telur di atas kapas muke sampailah basah . Biarkan sehingga kering . Bila korang tanggalkan kapas muke tu akan berbentuk seperti topeng mask dan korang akan nampak segale kotoran muke mesti akan lekat di kapas tu . amalkan ini sekali seminggu . Insya-Allah .

Segale petua ini perlukan korang mulakan selawat sebanyak 3 kali biasanya . Sebenarnya tak kira ape yang kita buat , kan bagus selawat dulu . :)


Bebas daripada bahan kimia @ W/O make up .


Bahagian Mate .

Menghilangkan lebam mate macam nedy , hehe ambil teh uncang yang sudah diguna , biasa-biasa kan lah korang yang selalu buat air teh tu , uncang jangan dibuang eh . Ambil teh uncang tu letakkan dimate dan biarkan semalaman atau nak lebih cepat lakukan selame 1 jam pun boleh . Biasa nedy lakukan sebelum tidur sebab mase tidur tu lah mate kite tengah berehat sepenuhnya . Lakukan 2 atau 3 kali seminggu pun boleh .

Menyegarkan mate dengan mudah macam biasalah kan ambil timun dan hiris terus lekapkan pada kelopak mate dan pejamkan mate , kalau boleh terus tidur pun takpe . hehe . Nanti mate kita terus segarkan . Lakukan lah selepas korang mengadap komputer lelame ni .

Ini adalah petua mak andam yang nedy kenal , bila mate kita gatal biasanya kita akan tenyehkan mate kuat-kuat dengan menggunakan jari sesuka hati kita lah sebenarnya dengan m'tenyehkan mate kita tu boleh membuatkan mate kita berkedut dengan cepat . Jalan terbaik kita perlu menggaru atau makeup menggunakan jari manis di daerah mate sebab jari manis lebih lembut daripada jari yang lain .

Melentikan bulu mate hanya sapukan lendir daun lidah buaya pada bulu mate sebelum tidur . Amalkan petua ni selalu sampai lah korang nampak hasilnya .

Menyegarkan mata letih dan mata gatal . Ambil dalam 4 helai daun sireh mude dan cuci bersih . Ramaskan daun tu dan masukkan ke dalam air suam . Lepastu tapiskan airnya dan rendamkan mate sambil kelipkan mate berulang kali . Lakukan selalu dan hasilnya korang dapat rase selepas cuci muke .  Nak lagi mudah sebelum mandi pagi , lapkan mate dengan air sejuk .


__________________________________________________________________________________________




Seriuslah jari jemari nedy dah penat type ni . Haih mungkin sampai sini je nedy kongsi dengan korang , sebenarnya terlalu banyak yang ada dalam buku nedy ni tapi sikit je kot nedy boleh kongsikan sebab penat mengadap lelame . Lain-lain kan senang korang google . Banyak lagi care lain yang boleh korang buat . Kalau korang rajin amalkan lah . Hehe nedy buat yang mane senang je dan bahan-bahannya sedia ada dirumah . hehe .
Assalamualaikum .


Tak boleh tidur bila difikirkan masalah yang menimpa satu persatu tanpa henti , aku redha , redha dengan ape yang berlaku . Sesungguhnya yang baik semuanya datang daripada Allah tapi yang buruk semua datang daripada diri sendiri . Aku terima .

Doa pendekat jodoh ni hazim yang bagi ,
Terima kasih awak . ♥ dapat je saya terus bace surah Al Fatihah dan bace doa pendekat jodoh ni . Insya-Allah selepas ni saya akan selalu bace , saya tahu 'Dia maha mendengar' .



Kali ini nedy nak share dengan korang doa pendekat jodoh . Doakan lah demi cinta yang ikhlas supaya dipercepatkan jodoh . Kite memang digalakkan supaya berdoa mohon apa saje yang kite hajatkan tapi tak semestinya ape yang kite hajatkan tu semua dimakbulkan Allah . Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk kite dan yang paling penting sekarang kite hanya berusaha dan tidak akan jemu dengan berdoa .
Visit the Site