Buddies

Assalamualaikum .

Dalam beberape harini tangan nedy asyik nak cabut je bulu kening ni sebab dah bersepah nampak macam tak teratur tapi sudah diberi amaran dari ibu nedy supaya jangan cabut ataupun cukur . Okey pada mulenye memang nedy tak dengar ape kate-kate ibu , ini lah namenye anak degil . Lepas tu ditegur pula oleh buah hati . Masih berdegil lagi ni dan terbaru ni nedy sengaje usha google cari info pasal cukur ataupun cabut bulu kening ni , hampir semua orang tahu akan hukumnye kan tapi kalau korang bace segale info yang di google dengan teliti dah sifat ingin tahu korang lebih menebal pasal ini mungkin korang tak akan cukur ataupun cabut bulu kening , mungkin tak semua yang sedar pasal ini . Dah hampir sebulan nedy dah tak bentukkan atau cabut bulu kening . Memang sangat bersepah dan makan mase sikit untuk tumbuh semua bulu kening yang baru . Nedy memang nak sangat bulu kening nedy macam dulu , macam asalnye tapi disebabkan dah terlalu kerap mencukur dan cabut bulu kening dulu , sekarang bulu kening nedy memang tak cantik dan mungkin tumbuh tak berape nak teratur . Okey nasib lah , lepas ni nedy takkan mencukur atau cabut bulu kening ni lagi . Okey ini gambar lame nedy yang menunjukkan memang takde kening , nak lukis pun tak reti so hasilnye memang buruk . Untuk pengetahuan korang nedy punye kening memang asalnye nipis dan bila dah dicukur jadi lah semakin nipis sangat sangat sampai orang tak normal macam takde kening . Hahaa .


Hanya gambar lame .


Bila orang ramai dah cakapkan mencukur bulu kening itu haram atau pun berdosa mula lah nedy fikirkan andai nedy solat adakah ia sah . Biasa orang akan cakap kalau dah name haram tu mungkin ia tidak sah seperti mewarna kan rambut . Isu pasal rambut pula , nedy taknak tekan kan disini , sila-sila lah tanye pak google .


Jika suatu larangan atau pengharaman berkait secara langsung dengan ibadah iaitu ia menyangkuti rukun ibadah atau syarat-syarat sahnya , maka melakukan larangan tersebut akan menyebabkan batal ibadah . Contohnya , larangan solat di waktu terlarang , larangan solat dalam keadaan berhadas , larangan berpuasa pada hari-hari diharamkan berpuasa , larangan meninggalkan toma’nnah dalam solat dan sebagainya . Jadi , larangan-larangan ini membawa kepada batalnya ibadah jika dilakukan .
Namun jika larangan itu di luar dari ibadah , tidaklah ia akan membatalkan ibadah jika dilakukan semasa beribadah , yakni ibadah tetap sah sekalipun larangan itu berdosa . Contohnya ialah mengambil wudhuk dari bekas yang diharamkan (seperti bekas emas, bekas perak , bekas yang dicuri atau sebagainya) . Wudhuk tetap sah sekalipun perbuatan menggunakan bekas yang diharamkan itu adalah berdoa. Contoh lain ialah; solat dengan memakai serban dari sutera atau memakai cincin emas (bagi lelaki) dan sebagainya .
Merujuk kepada masalah di atas , mencukur bulu kening adalah dilarang dan dosa besar, namun ia tidaklah ada sangkutan dengan rukun solat atau syarat sah solat. Kerana itu , solat wanita yang mencukur keningnya tetap sah (jika cukup rukun-rukun dan syarat-syaratnya) walaupun perbuatannya mencukur kening itu berdosa dan wajib bertaubat . ( copy dari google )


p/s : Perbuatan mencukur bulu kening untuk andaman juga diharamkan . Bermakne untuk pertunangan dan perkahwinan nedy akan datang nanti kena cari mak andam yang pandai kasi bentukkan kening tanpe mencukur lah . Hehee . 

7 comments:

Nurul Mazni Sawal said...

betul tu nedy.. benda cm ni lah yang diambil remeh.. cm tu nedy nak kawin panggil maz lah andam nedy.. hehehe.. maz tak pernah cukur kening kalau mekap sesape pun.. :)

14 January 2012 at 06:37  
♥ nedy aminuddin ♥ said...

yup tahu pun , dah lame tahu tapi ambil mudah macam hal kecil gitu pastu bila tgk betul btul hukumnye baru lah nedy tahu . hehe maz makeup mmg cantik . tapi maz jauh . boleh datang jb ke ? hamboi gatai noo tanyee dulu ni padahal lambat lagi . hahaaa

14 January 2012 at 06:40  
khalila ishak said...

yup.... mmg x boleh cukur kening sebenarnya. banyak lagi hal kecil2 yg biasa org buat, tapi sebenarnya tak boleh. dr pengetahuan sy, pakai contact lens (atas tujuan kecantikan) pun tak boleh. Kalau dsebabkan rabun, lebih baik pkai yg lutsinar. Pkai bulu mata palsu pun x boleh rasanya. hukumnya sama macam pkai rambut palsu.

** nedy, diorang tegur nedy, sebab diorang syg nedy taw ;)

14 January 2012 at 06:48  
Anonymous said...

Itu yang sebaiknya. Jangan kerana mahu cantik, kita melanggar hukum hakam Allah. :)

14 January 2012 at 07:17  
♥ nedy aminuddin ♥ said...

Terimakasih atas pnjelasan tu smua tapi nedy dah tahu tu semua cume kesalahan nedy ambil endah je smua ni , aggap sesuatu bnda ni hal yang kecil padahal sebaliknye kita pun tahu kan . ibuabah nedy pun selalu tegur tapi nedy ni degil , biasa lah smua orang tak lepas dari silap ni smua , nedy tahu bnda ni smua haram . bukan nedy je tahu , nedy rase semua orang pun tahu cume setngah orang tak ambil endah .

14 January 2012 at 07:25  
Fatinah said...

Salam,

Semoga terus istiqamah dengan perubahan ni. May Allah bless you :)

15 January 2012 at 07:29  
fazzlim said...

yerpp..mmg xboleh cukur bulu kening ni...jgn kita fikir nak nampak cantik je smpai lupa apa yang boleh dan xboleh..

3 February 2012 at 01:03  
Visit the Site